Sekolah ini dibina pada tahun 1955. asal kedudukan sekolah ini di dalam kawasan ladang iaitu Ladang Pendas yang agak jauh di dalam. Ladang ini kemudiannya dibeli oleh Syarikat Leisure Farm dan sekolah ini dipindahkan ke lokasinya di tempat yang ada sekarang. Sekolah baru ini pula dibina pada 1993 oleh Syarikat Leisure Farm. Terletak di tepi jalan raya di lot PTD 58386 di kawasan seluas 2 hektar. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan modal kategori SKM (Sekolah Kurang Murid) kerana bilangan murid di bawah 150 orang.
Jauhnya 4 km dari Bandar Gelang Patah dan kira-kira 45 km daripada Johor Bahru. Sekolah ini amat kecil yang terdiri hanya 3 blok bangunan setingkat. Pada masa ini, ia menempatkan seramai 78 orang murid dan 14 orang guru, 3 kakitangan dan 2 orang pekerja swasta serta 2 orang pengawal keselamatan. Mulai tahun 2010, semua murid disekolah ini adalah terdiri daripada 100% murid kaum asli. Tetapi pada tahun 2012, seorang murid bukan Orang Asli telah mendaftar masuk ke sekolah ini.
No comments:
Post a Comment