Tarikh : 04 Mac 2013
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Sekolah Kebangsaan Ladang Pendas
Keterangan : Program Kehadiran Terbaik dan Kelas Terbersih telah dijalankan secara bulanan di SKLP.
Program Kehadiran Terbaik dijalankan adalah untuk :
- Merangsang minat murid ke sekolah
- Mengurangkan kadar ponteng dan keciciran
- Menghargai murid-murid yang rajin ke sekolah
Program Kelas Terbersih dijalankan adalah untuk :
- Melatih murid agar sentiasa menjaga kebersihan kelas
- Memastikan murid dapat belajar di dalam keadaan yang bersih, selesa dan kondusif
- Menghargai usaha murid menjaga kebersihan kelas
Kedua-dua program ni akan dijalankan sepanjang tahun dan melalui prosedur penilaian yang
telah ditetapkan oleh penyelarasnya iaitu Puan Haniza binti Anis dan Puan Siti NorHidayah
binti Ismail. Semoga dengan adanya program ini dapat melahirkan generasi yang rajin ke
sekolah dan pandai menjaga kebersihan. Insya Allah.
 |
Kehadiran Terbaik Tahun 1 : Isaac a/l Tang Ah Liak |
 |
Kehadiran Terbaik Tahun 2 : Zaidy a/l Tan Hee Tee |
 |
Kehadiran Terbaik Tahun 3 : Timutius a/l Tan |
 |
Kehadiran Terbaik Tahun 4 : Salman a/l Tan Hee Tee |
 |
Kehadiran Terbaik Tahun 5 : Mariana a/p Tang Ah Liak |
 |
Kehadiran Terbaik Tahun 6 : Tang Ah Hock |
 |
Pemenang Kelas Terbersih : Tahun 5B |
 |
Murid-murid Tahun 5B bersama Guru Kelas dan Guru Besar |
 |
Wajah-wajah ceria pemenang bulan Februari |
No comments:
Post a Comment