Tarikh : 16 Mac 2013
Masa : 1.30 petang
Tempat : Dewan Mini Sekolah Kebangsaan Ladang Pendas
Keterangan : Pihak sekolah bersama AJK PIBG telah sebulat suara untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 pada hari ini. Mesyuarat ini dilaksanakan sekali bersama Hari Anugerah Kecemerlangan UPSR tahun 2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Jason Tan Siew Hock, Ketua MCA Bahagian Gelang Patah merangkap Ahli Majlis MPJBT. Seramai 40 orang ibu bapa termasuk guru telah hadir ke mesyuarat ini. Pemilihan jawatankuasa bagi sesi 2013 turut dilakukan pada mesyuarat kali ini. Berikut adalah senarai AJK PIBG yang baru: