Monday, 22 July 2013

Majlis Iftar Ramadhan 2013

Tarikh       : 22 Julai 2013
Masa         : 5.30 petang
Tempat      : Sekolah Kebangsaan Ladang Pendas
Keterangan : Majlis berbuka puasa bersama murid-murid dan ibu bapa SKLP yang beragama Islam.
                  Antara program yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
      • Bacaan Yassin
      • Berbuka Puasa

Thursday, 16 May 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Tarikh       : 16 Mei 2013
Masa         : 7.30 pagi
Tempat      : Sekolah Kebangsaan Ladang Pendas
Keterangan : Sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan setiap tahun bagi meraikan guru-guru di sekolah ini.                         Antara program yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
      • Perhimpunan rasmi Sambutan Hari Guru
      • Bacaan Perutusan 
      • Ikrar Guru
      • Nyanyian Lagu 'Kami Guru Malaysia'
      • Cabutan Bertuah
      • Jamuan murid dan guru
      • Perlawanan PaintBall di Danga City Mall
      • Jamuan khas guru dan kakitangan sekolah

Wednesday, 20 March 2013

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-35 dan Hari Anugerah Kecemerlangan UPSR


Tarikh   : 16 Mac 2013
Masa    : 1.30 petang
Tempat : Dewan Mini Sekolah Kebangsaan Ladang Pendas
Keterangan : Pihak sekolah bersama AJK PIBG telah sebulat suara untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 pada hari ini. Mesyuarat ini dilaksanakan sekali bersama Hari Anugerah Kecemerlangan UPSR tahun 2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Jason Tan Siew Hock, Ketua MCA Bahagian Gelang Patah merangkap Ahli Majlis MPJBT. Seramai 40 orang ibu bapa termasuk guru telah hadir ke mesyuarat ini. Pemilihan jawatankuasa bagi sesi 2013 turut dilakukan pada mesyuarat kali ini. Berikut adalah senarai AJK PIBG yang baru:

Tuesday, 5 March 2013

Program Kehadiran Terbaik dan Kelas Terbersih Bagi Bulan Februari 2013


Tarikh   : 04 Mac 2013
Masa    : 7.30 pagi
Tempat : Sekolah Kebangsaan Ladang Pendas
Keterangan : Program Kehadiran Terbaik dan Kelas Terbersih telah dijalankan secara bulanan di SKLP.
                    Program Kehadiran Terbaik dijalankan adalah untuk :
      •  Merangsang minat murid ke sekolah
      • Mengurangkan kadar ponteng dan keciciran
      • Menghargai murid-murid yang rajin ke sekolah
                     Program Kelas Terbersih dijalankan adalah untuk : 
      • Melatih murid agar sentiasa menjaga kebersihan kelas
      • Memastikan murid dapat belajar di dalam keadaan yang bersih, selesa dan kondusif
      • Menghargai usaha murid menjaga kebersihan kelas
                     Kedua-dua program ni akan dijalankan sepanjang tahun dan melalui prosedur penilaian yang 
                     telah ditetapkan oleh penyelarasnya iaitu Puan Haniza binti Anis dan Puan Siti NorHidayah          
                     binti Ismail. Semoga dengan adanya program ini dapat melahirkan generasi yang rajin ke 
                     sekolah dan pandai menjaga kebersihan. Insya Allah.

Minggu Anti Dadah


Tarikh   : 25 Februari 2013 hingga 01 Mac 2013
Masa    : 7.30 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat : Sekolah Kebangsaan Ladang Pendas
Keterangan : Minggu Anti Dadah telah berlangsung selama seminggu iaitu bermula pada 25 Februari 2013          
                    hingga 01 Mac 2013. Perasmian Minggu Anti Dadah telah dilaksanakan pada hari Isnin, 25
                    Februari di dalam majlis perhimpunan rasmi sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti
                    ceramah Pencegahan Dadah, mewarna poster, kuiz dan sebagainya bersesuaian dengan
                    maklumat yang ingin disampaikan kepada murid - murid. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara
                    selingan tanpa meninggalkan perjalanan P&P harian.

Saturday, 2 February 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH DAN MAJLIS PERPISAHAN

Tarikh   : 02 Februari 2013
Masa    : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Mini SKLP
Keterangan : Majlis Sambutan Maulidur Rasul diadakan sempena ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad 
                    SAW yang jatuh pada 12 Rabiul Awal bersamaan 24 Januari 2013. Majlis ini diadakan 
                    serentak dengan Majlis Perpisahan dua orang warga SKLP yang akan berpindah ke sekolah 
                    lain iaitu Puan Nur Hanani binti Abd Hamid dan Puan Nor Akmal binti Mohd Noor. Puan Nur 
                    Hanani akan berpindah ke SK Taman Universiti 1, Skudai JB, sementara Puan Nor Akmal 
                    pula akan berpindah ke SK Bukit Selambau, Sg Petani Kedah.

Wednesday, 23 January 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM100


Tarikh   : 22 Januari 2013
Masa    : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Mini SK Ladang Pendas
Keterangan : Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan RM100 dirasmikan oleh YDP PIBG SKLP
                    iaitu Puan Nor Hidayah binti Fadillah.

Tuesday, 22 January 2013

MESYUARAT AJK PIBG 2013


Tarikh   : 21 Januari 2013
Masa    : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Mini SKLP
Keterangan : Mesyuarat AJK PIBG membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh PIBG 
                    SKLP untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2013. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh 2 orang 
                    wakil daripada Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Johor iaitu En. Mohd
                   Azam bin Anuar dan En. Sahibul Bahrin bin Ahmad.

Thursday, 3 January 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2013

Tarikh : 02 Januari 2013
Masa  : 7.30 pagi
Keterangan : Hari pertama persekolahan bagi tahun 2013.